Majlis Qurban Pas Cawangan Jambu Bongkok

Monday, November 30, 2009


28 Nov. 2009 - Pas Cawangan Jambu Bongkok telah mengadakan majlis hari raya qurban dengan menumbangkan sebanyak 5 ekor lembu. Majlis ini telah dirancang dua bulan lebih awal iaitu dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa pengelola diketuai oleh Ketua Lajnah Kebajikan PCJB iaitu Sdra Omar Mohamad. Pihak cawangan melalui lajnah sementara yang ditubuhkan itu berjaya mengutip kurang lebih RM14,000++ bagi mendapatkan 5 ekor lembu terbabit.

Majlis bermula seawal jam 7.30 pagi dengan acara penyembelihan lembu qurban diikuti pula sessi melapah daging kemudian ditimbang untuk dibahagi-bahagikan kepada mereka yang berhak. Hasil kerjasama semua ahli dan qaryah yang hadir maka majlis selesai pada lebih jam 11.00 pagi.





Remaja dipelawa ke Kem Ibadah Remaja 2009

Friday, November 27, 2009

MARAN, 27 Nov: Maahad Tarbiyah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) Paya Pasir mempelawa ibu bapa yang mempunyai anak remaja menyertai Kem Ibadah Remaja 2009 yang dianjurkannya pada musim cuti sekolah ini.

Kem yang selama hampir sebulan itu akan memberi pendedahan kepada remaja mengenai akhlak, adab dengan ibu bapa, pengenalan dan praktikal solat seta teknik hafazan al Quran.

Program berkenaan terbuka kepada remaja berusia antara 8- 17 tahun lelaki dan perempuan, program bermula pada 29 November dan berakhir pada 26 Dicember 2009.

Pengarah program Ustazah Azizah Khatib Mat berkata, MTDHI setiap tahun menganjurkan program seumpamnya bagi memberi peluang kepada ibu bapa memberi pendedahan terhadap aspek ibadah dan adap sopan terhadap ibu bapa.

Azizah berkata, pihaknya mengalu-alu sebarang pertanyaan dari ibu bapa terhadap program seumpama ini.

Untuk penjelasan lanjut boleh berhubung dengan Ustazah Hafizah Alwi di talian 019 9899815 atau Ustazah Azizah Khatib Mat di talian 019 9119900/012 981 5057.-harakahdaily.

 
 
 

Followers

Lepak Sembang


ShoutMix chat widget